Isu permasalahan
muamalat sering terjadi di mana sahaja seperti menjual barangan yang tidak
patuh syariah, barangan yang terlarang oleh syariat agama islam dan barangan
yang boleh membahayakan nyawa semua rakyat di negara ini.
PENGERTIAN AKHLAK
PENGERTIAN AKHLAK
- Akhlak dari segi bahasa :
- berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti perilaku, perangai atau tabiat.
- Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : “Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran.” Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.
- Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.”
- Menurut Ibnu Maskawih, “Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.”
- Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, “Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.”
1. Menyedarkan para pembaca
tentang pentingnya menjaga dan memelihara agama dalam menangani isu
permasalahan muamalat.
2.Memberi pengajaran dan iktibar
tentang isu-isu muamalat yang sering terjadi di negara ini.
ISI DAN HURAIAN
PENGERTIAN MUAMALAT
- Muamalat dari segi istilah adalah urusan keduniaan seperti jual beli,tukar-menukar dan pinjam-meminjam barang.
- Terdapat dua jenis muamalat yang diamalkan oleh masyarakat kini. Antaranya adalah :
1.Muamalat berasaskan kebendaaan
Antara kegiatan muamalat yang berasaskan kebendaan ialah :
Antara kegiatan muamalat yang berasaskan kebendaan ialah :
Ekonomi - maksudnya cara-cara
manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia
yang tidak terhad contohnya seperti jual beli, gadaian, perbankan, pertanian,
perindustrian dan lain-lain.
Perkhidmatan - memberikan
perkhidmatan kepada orang lain contohnya seperti penyewaan rumah,
pinjam-meminjam, pengankutan awam, runding cara, pendidikan dan
lain-lain.
2. Muamalat berasaskan kemanusiaan.
Antara kegiatan muamalat yang berasaskan kemanusiaan ialah :
Kebajikan seperti menderma,
memberi bantuan, sedekah dan lain-lain.
Pembangunan manusia seperti
penyelidikan, kursus kemahiran dan lain-lain
INI ADALAH CONTOH ISU
PERMASALAHAN AKHLAK DALAM ISU MUAMALAT
MENGAPAKAH PERKHIDMATAN VALET DOA
INI DITENTANG DAN DAPAT TANGGAPAN BURUK DARI ORANG RAMAI ?
- Kerana di malaysia negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai agama .
- Jika timbulnya isu seperti ini tentu sahaja agama-agama lain akan menganggap bahawa sesebuah ibadat dari agama ini boleh dijadikan sebagai sebuah alat jual beli dan hanya untuk mendapatkan keuntungan untuk diri seseorang itu sahaja.
MENGAPAKAH ISU INI BOLEH
MELIBATKAN SALAH DI SISI AKHLAK DAN SALAH DI SISI SYARIAT ISLAM:
- ‘Memaksa’ Allah untuk mengabulkan doa
- Memberi had tiga bulan, enam bulan atau berapa sahaja tempohnya untuk jaminan kemakbulan doa, seolah-olah memaksa Allah SWT memakbulkan doa kita.
- Sedangkan, ia terpulang kepada-Nya untuk memakbulkannya atau tidak. Dalam perbahasan akidah, hal ini termasuk dalam hal yang bersifat harus (mumkinat) bagi Allah.
- Boleh sahaja Allah berkenan memakbulkannya hari ini, esok atau bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. Boleh juga Dia tidak memakbulkannya.
Firman Allah: “…dan boleh jadi
kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka
kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.”
(Surah al-Baqarah: 216)
- Dalam Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Doa seorang hamba akan sentiasa terkabul selama dia tidak berdoa untuk kemaksiatan atau untuk memutuskan silaturahim, dan tidak tergesa-gesa. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah bentuk tergesa-gesa yang dimaksudkan? Baginda menjawab: Hamba tadi berkata: Aku telah berdoa, sungguh aku telah berdoa, namun Allah belum juga memakbulkan doaku. Dia merasa putus asa dan letih, lalu akhirnya meninggalkan doa.”
Inilah yang kita risaukan pada
Valet Doa. Ia seakan membentuk satu kefahaman logik akal terhadap doa,
bersandarkan dalil-dalil agama yang difahami secara tidak menyeluruh (juz’i).
Seterusnya, ada sebab dan akibat berlakunya tentang isu permasalahan ini antaranya adalah:
1)SALAH FAHAM TENTANG KONSEP DOA
- Dalam al-Qur’an bagaimana Allah mengajar Rasul-Nya SAW yang beliau sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memberi manfaat dan mudarat kecuali Allah SWT.
Maksudnya: “Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.”
(Surah al-A’raf: 188)
- Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAW dan sangat bertepatan dan kekeliruan yang timbul disebabkan isu Valet Doa ini.
- Sekiranya Rasulullah SAW sendiri menafikan dirinya berkuasa untuk mendatangkan mudarat dan manfaat kecuali Allah SWT, bagaimana pula seorang individu lain mampu menjamin kemakbulan doa secara yakin, dengan bersandarkan beberapa buah hadis yang disalahfahami?
- Justeru, semua doa yang kita pohon kepada-Nya yang memakbulkan hanyalah Dia yakni Allah SWT.
- Kerana itulah berkali-kali Allah menamakan diri-Nya dengan sami' al-dua' (yang mendengar doa).
2)AKHLAK DENGAN ALLAH S.W.T
- Ibn Kathir berkata: “Allah memerintahkan kamu supaya mengikhlaskan dalam ibadah dan hanya meminta tolong kepada-Nya dalam urusan kamu.”
Lihat Tafsir Ibn Kathir, 1/39.
- Di sini kita dapat melihat bahawa berdoa adalah salah satu ibadah mengikut keikhlaskan hati kita untuk beribadat dan meminta bantuan kepada Allah S.W.T.
- Jika kita melakukan niat dan cara yang salah ia akan menjadi satu perkara sia-sia atau boleh mendatangkan dosa
- Oleh kerana acara doa merupakan ibadah yang sewajarnya dilakukan dengan syarat yang benar lagi tepat, maka sewajarnya kita mempunyai akhlak kepada Allah.
- Antara bentuk akhlak yang sesuai adalah, selayaknya yang mempunyai hajat itu sendiri yang berdoa kerana doa antara penghubung antara kita dengan allah jika dilakukan oleh orang lain sudah pastinya hanya antara dia dengan Allah.
- Ini berdasarkan kepada perintah Allah dan suruhan-Nya kepada kita. Mohon pertolongan kepada Allah dapat difahami dengan konsep:
“Hanya kepada Engkau kami
beribadah dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan.”
(Surah al-Fatihah: 5)
- Selain itu,Dalam kisah Nabi Zakaria yang melihat karamah dan kemuliaan Maryam dengan rezeki yang luarbiasa, maka Allah rakamkan kisah yang menarik ini:
Maksudnya: “Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira". Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
(Surah Ali Imran: 37-38)
- Ayat ini menunjukkan adab yang diajar kepada kita iaitu apabila berhajatkan sesuatu, masing-masing bertawajjuh, munajat dan berdoa kepada Allah SWT.
- Selain itu, juga ia menunjukkan semua yang kita minta adalah hasil doa dari kita sendiri dan bukan menggunakan orang lain untuk berdoa untuk kita.
KESIMPULAN/CADANGAN
- Agama islam adalah agama yang dihormati disetiap masyarakat dan di negara di dunia ini, segala perbuatan kita boleh menimbulkan kesan dan keraguan kepada semua orang kerana
- Seelok-eloknya kita perlulah selalu berpegang teguh kepada al-quran dan sunnah sebagai panduan dan pengajaran dalam hidup kita agar isu-isu ini tidak berbangkit lagi.
- Selain itu, setiap teguran dan nasihat yang diberikan hendaklah kata-kata yang membina.tidak perlulah kita mencaci maki mereka kerana kita juga pernah atau ada melakukan kesilapan juga.
- Cadangan saya adalah, setiap perbuatan dan aktiviti yang hendak dijalankan kita hendaklah mencari nas dan dalil yang tepat dan wujud kerana tidak menimbulkan keraguan pada mana-mana pihak. nasihat pakar juga boleh membantu dan menyedarkan mana yang benar dan mana yang salah.
- Yang kedua adalah mufti dan rakyat di negara ini lebih harus berwaspada dan cepat mengambil langkah-langkah yang betul dalam menanagani isu-isu seperti yang dikongsikan.
SUMBER
DISEDIAKAN OLEH:
NASRIL BIN MARSONO (30DIB17F2016)
DIB4
NASRIL BIN MARSONO (30DIB17F2016)
DIB4
No comments:
Post a Comment